Tuesday, December 15, 2009

Baby..baby...


Bila tngok je gmbar2 tu, fuh bezanya tumbesaran kanak2 ye..abg dgn aku dh x sabar nk pegang baby ni..hmmm tgu hari, jam masa dan saat je...
Abg, TQVM sgt2 cz masa ma bersalin DQ 2007 tu abg tggu di sisi ma dgn semangat waja, siap beri tunjuk ajar nak PUSH n TERAN bersalin,
lagi HEBAT n PRAKTIKAL dr nurse2 tu tapi TQVM gak la pd nurse2 tu. A
pa yg buat ma kagum dgn bah ialah abg tak pernah rasa gemuruh ke,
nk pengsan ke @ muntah tgu ma bersalin malah bah kata ini adalah peluang menyaksikan keajaiban Allah ats kelahiran zuriat dan kekuatan seorg isteri serta pengorbanan semangat juang tinggi seorg isteri memberi zuriat..
Ingat x saat ma masuk HSAH (Hsptal Sultan Abdul Halim....) dh buka 3cm pd 7pg tapi ma x sakit lgsung, pkul 4pm baru ma trun labour room, nk buka 4cm pun dh 11pm..
Masya Allah lama gile n ma mula sakit gile2, ma dh x ingat nk baca apa,
mnta kebenaran nurse India nk jumpa abg tapi dia kata x buka 9cm x boleh,
ma kata sekejap je cz nk wt SEMANGAT ps2 bg abg keluar smpai 9 cm baru panggil.
Baiknya nurse tu panggil abg, abg masuk ma rasa mcm MALAIKAT tau,
cahaya dan senyuman wajah abg sgt INDAH n SEJUK...
Abg baca doa sekerat2 unt ma ikut..
Dgn kuasa n izin-Nya, ma rasa cm nk teran..takkan kot...tapi nurse tu ckp
"Dh 9cm!!!" Mcm x caya je...
Abg dh x sempat sains surat janji untuk masuk wad bersalin, dh x sempat pakai apron la, tudung kepala la, N
urse tu kata berdiri tepi bahu isteri cz dh x sempat dh...KELAKAR lak rasa...
Abg siap ajar ma cara nk teran...he.he..
Abg ckp telinga n muka ma mcm udang kena bakar, kesian!
Tetiba dh 3 kali meneran, ma dh penat, abg kata
"Semangat!Kepala baby dh nampak tu..."
Terus ma kumpul last tenaga nk push, siap abg pun sama2 dgn ma bersemangat teran...
Then abg kata
"BAby dh keluar dh....TAHNIAH MA, TQ sgt...!"
Abg tgu ma tanpa rasa jemu@ letih @ geli tapi siap bg semangat sampai la nurse tu siap jahit..
Mana la ma nk cari SUAMI yg mcm ni. TQVM bah....
.I luv u so mch...
Ma doakan abg dpt SYURGA yg PALING TINGGI n TERBAIK yg pernah Allah ciptakan untuk abg ats kemuliaan hati dan sikap abg bersabar dan tabah mengharungi hidup bersama...
TERIMA KASIH, ABANG...


Hmmmm, skrg tgu baby ke-2 lak keluar...mama n abah n abg Danish tgu ni...

Wednesday, November 25, 2009

Dh Minggu 37+...

Lama betul blog aku tak update...start H1N1, Raya Puasa sampai la esok nak raya Qurban..
Aku dh 37 minggu, tgu hari je ....tapi mai lagi ofis cz rasa x senang hati nk p cuti awal, abang dh isau ulang alik SP-KOMTAR kot2 terbesalin atas jmbatan..he..he.

Apa-apa pun, doakan la yg terbaik kan? Syukur pada Allah masih aku kuat lagi bekerja...
Esok Raya Qurban, x apply cuti pun cz ingt nk bereskan apa yg ada, nnti cuti panjang (sebenarnya x rasa panjang pun kalu dh bersalin..) takder rasa ralat..

Ok la..Gmbar Raya baru ni pun x upload...nanti sempat nk upload la..
Jom sambung keje..

Kepada semua kawan2, kenalan2 dari sekolah, sekampung, sekursus, seuniversiti, sekerja (tempat2 keje) , along sekeluarga mengucapkan:
"SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA"
"BERHATI-HATI DI JALANRAYA"

Tuesday, July 21, 2009

Long Time No News..


Wah..

Dah sebulan rupanya blog x update.. kiranya nama WWW kena dgn blog aku ni.. bersawang la x sempat update.. Pengalaman jadi PTM ni Pgwai Teknologi Maklumat @ Sys. Analyst d KOMTAR ni bnyk mmberi aku pengalaman kerja. Bukan mudah nk bangun sistem. dulu maso blajar teori SDLC ok je mai nk praktik bukan semudah teori...


Apa2 pun salute la pd team2 satu unit n bos2 aku yg bagus, 10 bintang aku bagi cz u all best la..

Tension aku kat umah terubat la bila dtg tmpt keje even travel hari2 jauh.. Aku bersyukur la cz Allah Taa'la bagi balance la. Even jauh tapi hati aku sntiasa hapy n smngat nk p keje..


Dgn perut dh memboyot ni, nk melelong, menonong ja aku jln p ofis naik turun lif..

Penat gak bwa perut dh nk masuk 5 bulan ni tapi syukur la ada rezki Allah bagi nk dpt baby.. REZEKI....


Danish Qhayri pun dh cerdik dh, ada la merap skit, biasa la budak2.. apa2 pun aku hrp dia jadi seorg abg yg bertggjwb n bleh diharap..


Apa2 pun, hargai apa yg ada dan sedari apa yg kita ada sbelum ia tiada kerana bila ia tiada, barulah kita sedar erti "KEHILANGAN"...

Sunday, May 17, 2009

Buah Hati....

Alahai...
Ntah bila abahnya mbik gmbar terbaru kat blakang umah ni, cek2 dalam pendrive dh ada. Syahdu lak pandangan mata tu....

Jujurnya seronok ada zuriat tapi aku bleh jadi gelabah
bila fikirkan tugas & tggungjwb nk mendidik menjadi org
berguna dan beriman... Macam mimpi indah ja bila tatap n main dengannya...Hilang semua penat aku ulang-alik SP-Penang hari2 tau bila smpai umah mlm2 ada suara halus panggil :
Mama! Mama!...

Bila bangun pg Sabtu & Ahad, bila DQ (Danish Qhayri) buka mata tngok aku ada sebelahnya, babah pun ada terus DQ gelak mengekek seronok! Ya la, slalu bgun 'Mama' p kje dh. Mmang dia pun tahu menghargai kehadiran seorang ibu pg2 di sebelahnya.... Apalagi, golek2 kanan-kiri hmpir sejam lebih liat nk bgun.. SERONOK!

TQ abg cz memahami keletihan saya keje jauh ulang-alik. Apa yg memberi smangat ialah sikap tolong-mnolong, mmahami dan ringan tulang dr abang tau. Tambah lagi dgn angah n atih yg slalu 'give n take' to me.... TQ, TQ vry mch...

Monday, May 4, 2009

Tips Ketawa & "Cry"

Apa hebatnya?

Memberi manfaat kepada fizikal dan emosi setiap kita supaya boleh berfungsi dengan baik. SENYUMAN dan ketawa boleh menjadi penawar duka. Kebuntuan fikiran seolah-olah hilang apabila ketawa. Ketawa dan menangis adalah sebahagian proses semula jadi yang dianugerahkan Allah kepada kita. Walaupun sesetengah orang menganggap tangisan satu kelemahan, hakikatnya ia ada fungsi penting dalam kehidupan.

Apabila kita ketawa atau menangis, badan mengalami perubahan fizikal dan kimia. Ketawa dan menangis adalah 2 elemen penting memberi manfaat kepada fizikal dan emosi setiap orang supaya boleh berfungsi dengan baik. Berbanding ketawa, menangis adalah proses lebih rumit. Air mata dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:Air mata basal (untuk melembapkan mata).Air mata refleks (dihasilkan apabila mata mengalami keradangan seperti apabila mengupas bawang atau terkena habuk).Air mata emosi (dihasilkan apabila badan bertindak balas terhadap perubahan emosi).

Setiap jenis air mata ini mempunyai komposisi hormon dan bahan kimia berbeza. Saintis mendapati air mata emosi mengandungi paras logam mangan dan hormon prolaktin lebih tinggi . Apabila menangis, dua bahan ini diambil daripada badan dan dikeluarkan melalui air mata. Ia membantu meredakan perasaan. Ini sebabnya kita berasa lebih tenang selepas menangis.Air mata emosi terhasil apabila berlaku perubahan emosi. Banyak faktor boleh mengakibatkan emosi seseorang berubah, seperti kesedihan kehilangan orang tersayang. Apabila emosi berubah, sistem saraf bertindak balas dengan merangsang saraf kranial (saraf dari otak) dan menghantar isyarat kepada kelenjar air mata lakrimal (kelenjar air mata paling besar).

Penyelidik percaya, kelenjar ini mengeluarkan jumlah air mata mengandungi bahan kimia dan hormon tertentu untuk menstabilkan semula perasaan seseorang apabila menghadapi tekanan emosi. Bagi wanita, tangisan dianggap perkara biasa tetapi bagi lelaki, ada yang menganggap ia sebagai satu tanda kelemahan. Sebenarnya, menangis bukan perkara memalukan atau lambang kelemahan. Individu yang tidak menangis, terutama apabila mengalami tragedi seperti kematian atau putus cinta, sebenarnya lebih menderita secara fizikal kerana tidak dapat meluahkan keperitan yang dialami melalui tangisan. Jika anda sedih, tiada salah menangis kerana ia antara proses semula jadi mententeramkan semula perasaan dan fikiran. Jika menangis boleh meredakan perasaan, ketawa pula dianggap sebagai ubat terbaik dalam merawat apa jua masalah. Pendapat ini ada benarnya kerana badan secara semula jadi berehat apabila kita ketawa.

Diafragma, abdomen, saluran pernafasan, muka, kaki dan bahagian belakang badan secara tidak langsung ‘digerakkan’ serentak untuk bekerja.P ergerakan ini dianggap senaman bahagian tengah badan & turut membakar kalori. Saintis mendapati, ketawa 100 x mempunyai manfaat sama dengan bersenam 10-15 minit. Ketawa membantu merangsang proses pemulihan dengan merendahkan tekanan darah dan melancarkan aliran darah.

Apabila ketawa, badan menghasilkan sel-T,sel darah putih dan sejenis protein yang penting dalam sistem pertahanan badan. Ketawa boleh mengurangkan penghasilan hormon tekanan. Apabila kita ketawa, satu gelombang elektrik terhasil dan mengalir dalam otak. Banyak bahagian otak, termasuk bahagian yang mengawal emosi, daya intelek dan pergerakan, saling berhubung ketika kita ketawa. Semua ini dikatakan memberi manfaat kerana ia boleh menguatkan badan.Ketawa bukan saja boleh meredakan tekanan, tetapi menghilangkan rasa marah. Antara manfaat ketawa yang lain ialah:

Merendahkan tekanan darah. Merangsang mood. Meningkatkan daya ketahanan badan. Memperbaiki fungsi otak. Melindungi jantung. Merapatkan hubungan dengan orang lain. Melegakan perasaan. Membuatkan kita berasa selesa. Meningkatkan keupayaan badan melawan penyakit seperti tekanan darah tinggi, strok, artritis, ulser dan mengelakkan risiko mendapat serangan jantung. Melancarkan sistem pencernaan dan penyerapan nutrien daripada makanan. Mengekalkan kesihatan mental.

So, jgn ketawa lebih2 plak cz kata org tua2, jika ketawa lebih nanti menangisnya datang. Berpada-padalah.....

Tuesday, April 21, 2009

Team Building yg Best!


Alhamdulillah..

Keje di KOMTAR ni best rupa-rupanya..

Pengalaman kerje bnyk mcm yg aku expect la..

So ni aku upload gambar masa p Team Building PTMKN KOMTAR pada 4 & 5 April yg lalu di Ampangan Air Itam. Kalu nk bnyk gambar kena g blog friendster aku:


Pertama kali aku cuba:

Flying Fox n Burma Crossing.

Baru tau, gayat2 aku pun lepas sebab minat n keinginan nk cuba.

Patut la naik Solero Genting Highland aku slumber je syok, walhal mcm suicide la...

Nak tngok gambar lagi, p la kat friendster ya..

Friday, March 20, 2009

Selamat Hari Lahir!





DQ kesayanganku cukup 2 tahun pada 11.03.09. Masih terbayang tanpa bersisa lagi kenangan kat Labour Room H. Sultan Abd. Halim(HSAH) SP pada malam tahun 2007. Syukur Allah swt permudahkan segalanya. Rasanya pengalaman bersalin adalah manis & menginsafkan. Aku gembira tidak mengambil suntikan penahan sakit, mmang sakit tapi dgn smngat dek kehadiran suami tersayang di sisi, aku gagahi dgn kudrat yg ada.



Terima kasih sgt pd staf HSAH yg benarkn suamiku berada di sisi. Apa2 pun, respect giler pd abe yg tabah dan kuat smgt melihat saat2 kelahiran DQ. Bukan nk puji tpi aku tau la, x smua kaum ADAM tabah nk dok dlm Labour Room beb! Ada yg pengsan hingga bikin PANIk & KECOH pd dktor & nurse....



DQ, hadirmu permulaan pelengkap fmily yg amat indah. U r very good, nice & genius boy! I luv u so mch.. MMMUaahh.


Slmt Hari Lahir, Happy Besday, Danish Qhayri, mama & babah!


TQ2 vry mch pada Angah & Atih yg amat menyayangimu, DQ!


Angah yg x lengah,

Atih yg x letih,

DQ buat Angah mengah,

DQ buat Atih letih....kui..kui....

Monday, February 23, 2009

Kawan-kawan...SMMD, Mis U all




Selalu ingat kwn2 masa SKMD, SMMD dulu..ya la..tu la zaman paling manis n n'joy dlm hidup. takyah pikir duit, keje, fmily, umah semua2 la... blajar je..rugi kalu x nikmati masa tu sungguh2 tau.. Baru2 ni dapat contact kwn2 lama bestnya rasa... Dah jumpa Idrus/Bgchik & Shikin & cute Adriana di Putrajaya, Romlah Ahmad la tapi kenduri kawin dia aku x berpeluang nak p.. hu hu ..mesti dia sedih..aku pun lagi sedih tau.. Ayu bersalin pun aku x dapat p tengok g. Ya la aku & abg cuti x sama la...

Dapat contact dah dgn k.yah, Ali Hafiz, Normizan & Jo@ Rizal Hashim aja. Jumpa pun belum lagi la..Lain2 kenkawan just tau citer ja skit2...Tringat la apa kwn tgh wt skrg.. (ntah depa ingat aku ke tak????...

Aku doakan semua berjaya & bahagia la... Tapi aku mcm cdg nk wt REUNION la..CADANGAN...

harap jadik la..kui..kui.
Foto1: (Berdiri) Muhammad Noor Jaafar, Mohd. Nazri (Nan/Irzan), Edy Yazni, Fakruzzamany Majid, Rosli Hanafi, Saiful Rohizan Salleh, Mohd. Nasri (ats. pokok)
(Duduk) Mohd. Rizal Hashim (Jo), Cikgu Norhayati -Praktikal, Saifullah Wahab (Pollah)
Mazlan Mohamad dok ateh rumput...
Foto2: Aku la terpejam mata, Romlah Ahmad, Zawiyah Zakariya(Kak Yah), Norazura Che Nan, Roziwati Abu Seman, Rozila Osman, Roziah Abu Bakar, Rahayu Hassan.
(Duduk) Surayahani, Cikgu Yati tu la, Junaidah ...

Sunday, February 15, 2009

Danish Qhayri Permata Hati


Alhamdulillah..

Muhammad Danish Qhayri
Usiamu yang kian meniti
Hadirmu permata hati
Antara kami
Mutiara indah nan satu
Madah terserlah tiap waktu
Aura rindu padamu
Dalam tawa dalam sendu


Danish
Antara ilmu dan kebijaksanaan
Namun keduanya perlu penakulan
Ilmu yang tinggi
Satukan segalanya di dalam...
Hati...

Qhayri
Hanya kebaikan hatimu
Akan kami pinta
Yang menyatu pada hati dan nama
Racauan rindu
Ironinya selamanya milik bersama

Thursday, January 29, 2009

Gambar Kahwin Dengan BestFriend!



Racauan rindu itu datang lagi

Onak pilu yang pedih menusuk hati

Sarat dan sayu yang maha berat

Lalu....

Inginku pintal bebenang rindu menjadi selembar cinta..


Dan


Rerama indah menyulam bahagia

Onak pilu hilang dalam ikatan cinta

Kerana...

Inai indah terukir di jemari kita

Yang meleret bersama senyum padu

Antara dua jiwa yang lama telah lara

Hanya padamu cinta selamanya....

Ramai yang mengenali kami yang bercinta hampir 9 tahun, Alhamdulillah jodoh kami kuat bertahan dengan izin-Nya ke gerbang yang sah. Tanggal 10.9.2005 kami diijabkabulkan dan pada tanggal 18.11.2006 kami buat majlis kenduri.Sengaja kami pilih tarikh-tarikh itu atas peringatan yang indah, tambahan pula pada 18.11.2006 adalah genap 9 tahun kami bertemu (18.11.1996 di Kolej Pernas, UUM untuk aktiviti kem Pembimbing Rakan Sebaya Negeri Kedah selama 3 hari 3 malam semasa tingkatan 4). Aku sangat bersyukur ditemukan dengan seseorang yang paling memahami karenahku dan sangat penyabar bertahan dengan sikapku. Terima kasih abang kerana menjadi sahabatku, rakanku, mentorku, suamiku, dan sentiasa di sisiku....

Terima kasih Tuhan atas anugerahmu yang tidak terungkap.

Wednesday, January 28, 2009

Tahun Baru Azam Baru Bagi Along Rokiyah

Salam.
Alhamdulillah syukur kpd Allah swt yg memberi nikmat tak terhingga kpd kita,
tambahan kpd aku yg banyak lupa mengingati Allah swt...

Baca Al-Quran pun tak smpat... Dngar surah2 je la dr laptop @ pc..
Azam th baru nk jadi lebih bersyukur, beriman dan insan terbaik untuk keluarga,
umat yang bersyukur dan baiki segala yg mampu.
Sykur ada suami memahami & penyayang dan sabar dgn aku,
Anak yg membesar dgn terbaik, adik2 yg terbaik dan moga kesihatan ibuku lebih
baik.
nantilah kalu smpat, nk upload bnyk gmbr2 kenangan skolah smpai skrg..

Ok la..
Nk smbung keje..
wasalam.