Thursday, January 29, 2009

Gambar Kahwin Dengan BestFriend!



Racauan rindu itu datang lagi

Onak pilu yang pedih menusuk hati

Sarat dan sayu yang maha berat

Lalu....

Inginku pintal bebenang rindu menjadi selembar cinta..


Dan


Rerama indah menyulam bahagia

Onak pilu hilang dalam ikatan cinta

Kerana...

Inai indah terukir di jemari kita

Yang meleret bersama senyum padu

Antara dua jiwa yang lama telah lara

Hanya padamu cinta selamanya....

Ramai yang mengenali kami yang bercinta hampir 9 tahun, Alhamdulillah jodoh kami kuat bertahan dengan izin-Nya ke gerbang yang sah. Tanggal 10.9.2005 kami diijabkabulkan dan pada tanggal 18.11.2006 kami buat majlis kenduri.Sengaja kami pilih tarikh-tarikh itu atas peringatan yang indah, tambahan pula pada 18.11.2006 adalah genap 9 tahun kami bertemu (18.11.1996 di Kolej Pernas, UUM untuk aktiviti kem Pembimbing Rakan Sebaya Negeri Kedah selama 3 hari 3 malam semasa tingkatan 4). Aku sangat bersyukur ditemukan dengan seseorang yang paling memahami karenahku dan sangat penyabar bertahan dengan sikapku. Terima kasih abang kerana menjadi sahabatku, rakanku, mentorku, suamiku, dan sentiasa di sisiku....

Terima kasih Tuhan atas anugerahmu yang tidak terungkap.

No comments:

Post a Comment