Sunday, May 17, 2009

Buah Hati....

Alahai...
Ntah bila abahnya mbik gmbar terbaru kat blakang umah ni, cek2 dalam pendrive dh ada. Syahdu lak pandangan mata tu....

Jujurnya seronok ada zuriat tapi aku bleh jadi gelabah
bila fikirkan tugas & tggungjwb nk mendidik menjadi org
berguna dan beriman... Macam mimpi indah ja bila tatap n main dengannya...Hilang semua penat aku ulang-alik SP-Penang hari2 tau bila smpai umah mlm2 ada suara halus panggil :
Mama! Mama!...

Bila bangun pg Sabtu & Ahad, bila DQ (Danish Qhayri) buka mata tngok aku ada sebelahnya, babah pun ada terus DQ gelak mengekek seronok! Ya la, slalu bgun 'Mama' p kje dh. Mmang dia pun tahu menghargai kehadiran seorang ibu pg2 di sebelahnya.... Apalagi, golek2 kanan-kiri hmpir sejam lebih liat nk bgun.. SERONOK!

TQ abg cz memahami keletihan saya keje jauh ulang-alik. Apa yg memberi smangat ialah sikap tolong-mnolong, mmahami dan ringan tulang dr abang tau. Tambah lagi dgn angah n atih yg slalu 'give n take' to me.... TQ, TQ vry mch...

Monday, May 4, 2009

Tips Ketawa & "Cry"

Apa hebatnya?

Memberi manfaat kepada fizikal dan emosi setiap kita supaya boleh berfungsi dengan baik. SENYUMAN dan ketawa boleh menjadi penawar duka. Kebuntuan fikiran seolah-olah hilang apabila ketawa. Ketawa dan menangis adalah sebahagian proses semula jadi yang dianugerahkan Allah kepada kita. Walaupun sesetengah orang menganggap tangisan satu kelemahan, hakikatnya ia ada fungsi penting dalam kehidupan.

Apabila kita ketawa atau menangis, badan mengalami perubahan fizikal dan kimia. Ketawa dan menangis adalah 2 elemen penting memberi manfaat kepada fizikal dan emosi setiap orang supaya boleh berfungsi dengan baik. Berbanding ketawa, menangis adalah proses lebih rumit. Air mata dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:Air mata basal (untuk melembapkan mata).Air mata refleks (dihasilkan apabila mata mengalami keradangan seperti apabila mengupas bawang atau terkena habuk).Air mata emosi (dihasilkan apabila badan bertindak balas terhadap perubahan emosi).

Setiap jenis air mata ini mempunyai komposisi hormon dan bahan kimia berbeza. Saintis mendapati air mata emosi mengandungi paras logam mangan dan hormon prolaktin lebih tinggi . Apabila menangis, dua bahan ini diambil daripada badan dan dikeluarkan melalui air mata. Ia membantu meredakan perasaan. Ini sebabnya kita berasa lebih tenang selepas menangis.Air mata emosi terhasil apabila berlaku perubahan emosi. Banyak faktor boleh mengakibatkan emosi seseorang berubah, seperti kesedihan kehilangan orang tersayang. Apabila emosi berubah, sistem saraf bertindak balas dengan merangsang saraf kranial (saraf dari otak) dan menghantar isyarat kepada kelenjar air mata lakrimal (kelenjar air mata paling besar).

Penyelidik percaya, kelenjar ini mengeluarkan jumlah air mata mengandungi bahan kimia dan hormon tertentu untuk menstabilkan semula perasaan seseorang apabila menghadapi tekanan emosi. Bagi wanita, tangisan dianggap perkara biasa tetapi bagi lelaki, ada yang menganggap ia sebagai satu tanda kelemahan. Sebenarnya, menangis bukan perkara memalukan atau lambang kelemahan. Individu yang tidak menangis, terutama apabila mengalami tragedi seperti kematian atau putus cinta, sebenarnya lebih menderita secara fizikal kerana tidak dapat meluahkan keperitan yang dialami melalui tangisan. Jika anda sedih, tiada salah menangis kerana ia antara proses semula jadi mententeramkan semula perasaan dan fikiran. Jika menangis boleh meredakan perasaan, ketawa pula dianggap sebagai ubat terbaik dalam merawat apa jua masalah. Pendapat ini ada benarnya kerana badan secara semula jadi berehat apabila kita ketawa.

Diafragma, abdomen, saluran pernafasan, muka, kaki dan bahagian belakang badan secara tidak langsung ‘digerakkan’ serentak untuk bekerja.P ergerakan ini dianggap senaman bahagian tengah badan & turut membakar kalori. Saintis mendapati, ketawa 100 x mempunyai manfaat sama dengan bersenam 10-15 minit. Ketawa membantu merangsang proses pemulihan dengan merendahkan tekanan darah dan melancarkan aliran darah.

Apabila ketawa, badan menghasilkan sel-T,sel darah putih dan sejenis protein yang penting dalam sistem pertahanan badan. Ketawa boleh mengurangkan penghasilan hormon tekanan. Apabila kita ketawa, satu gelombang elektrik terhasil dan mengalir dalam otak. Banyak bahagian otak, termasuk bahagian yang mengawal emosi, daya intelek dan pergerakan, saling berhubung ketika kita ketawa. Semua ini dikatakan memberi manfaat kerana ia boleh menguatkan badan.Ketawa bukan saja boleh meredakan tekanan, tetapi menghilangkan rasa marah. Antara manfaat ketawa yang lain ialah:

Merendahkan tekanan darah. Merangsang mood. Meningkatkan daya ketahanan badan. Memperbaiki fungsi otak. Melindungi jantung. Merapatkan hubungan dengan orang lain. Melegakan perasaan. Membuatkan kita berasa selesa. Meningkatkan keupayaan badan melawan penyakit seperti tekanan darah tinggi, strok, artritis, ulser dan mengelakkan risiko mendapat serangan jantung. Melancarkan sistem pencernaan dan penyerapan nutrien daripada makanan. Mengekalkan kesihatan mental.

So, jgn ketawa lebih2 plak cz kata org tua2, jika ketawa lebih nanti menangisnya datang. Berpada-padalah.....